Saturday, April 19, 2014

#497; Satu Tahap

Bismillah.

Sampai satu tahap, aku tersedar aku sedang sibuk menilai orang lain lantas diri sendiri tidak terjaga.

Mohon dijauhkan.


Thursday, April 17, 2014

#496; Mixed.

Bismillah.

I was always, somehow still jealous of anyone who already got their education financial support or scholarships.

But I was even prouder tho.

Still envy but still proud. Envy.

Ok proud proud! Haha congrats to all:)


Tuesday, April 15, 2014

#495; Dilema

Bismillah.

Antara diri sendiri dan terhutang budi. Dilema diri.

Ada orang kata,
" Sekarang dah tak boleh ikut apa yang kita nak. Kita kena nak apa yang kita perlu ikut."

Semoga dipermudah.



Saturday, April 12, 2014

#494; Tigrine (From Zero)

Bismillah.
Moga post ini membawa manfaat. 

SATU.
Satu hari, aku dan team mate kena keluar kelas awal untuk buat latihan penting sebelum pertandingan. Waktu Form 3. Dalam library. Aku ingat lagi.

Masa tu aku sibuk bincang dengan sorang team mate aku. Macam mana nak minta kebenaran cikgu keluar kelas. 

Kebetulan ada budak niche area sebelah aku. Siapa dan apa? Rahsia.

Tiba- tiba dia kata, "Ala, netball je!"

Ya Allah, sentap terus hati aku.

DUA.
Ini lebih kurang cerita sebenar. Aku dah lupa. Tapi aku paling ingat kata kata dia.

"Training netball tough tak?"

"Boleh lah.."

"Ala, setakat netball yang macam sotong tu!"

Macam tu je dia berlalu pergi. Aku?Menangis dalam hati.

TIGA.
Baru balik dari practice netball sepanjang hari.

"Faqihah, penat ke?"

"Huh? Taklah.. Hehe. Sikit je ni."

Sebab aku tak nak dikutuk depan depan lagi.

Peringatan untuk diri sendiri:

1. Faqihah, bercakap pakai hati dan akal. Jangan tinggalkan walau salah satu.

2. Faqihah, jangan pandang rendah orang lain. Melainkan kita nak menolong mereka jadi tinggi.

3. Faqihah, ajar hati bersabar. Kita tahu siapa yang benar.

4. Faqihah, kalau hidup tak seperti yang kita nak, ini yang Allah nak.